Pada entri terakhir tahun 2009 “2009 kian berlabuh“, saya ada membuat pengumuman untuk jarang-jarang berkeliaran di dunia internet dan ia juga boleh dilihat pada status Yahoo! Messenger saya “syinrayafa” *sila add kalau ingin tahu..haha.. Namun jawapan yang terbaik untuk diberikan tidak dapat dikenal pasti, apa yang penting, saya perlu menggunakan sebaik-baiknya masa kesempatan yang ada ini supaya hidup lebih bermakna. Lagi bukan saya seorang blogger sepenuh masa.
Mungkin perkara tersebut merupakan salah satu daripada 2juta azam untuk tahun baru 2010. Sebut pasal azam tahun baru pula, bagi saya tidak semestinya tunggu tahun baru baru mempunyai azam, cuma kadang-kadang sudah menjadi satu adat kemestian bagi setiap induvidu bila masuk tahun baru. Bagi saya, azam saya tidak bermusim mengikut tahun. haha…
[Isi kandungan entri sebenar]
Tahukah Anda?
Pagerank 6 : Pada permulaan tahun 2010 ini, ada juga saya perasan kekecohan yang mengatakan blog dia sudah naik pagerank, tapi saya masih lagi jual mahal untuk check pagerank, haha… check punya check blog ini sudah naik mendadak Pagerank 2, tapi masih lagi dikalahkan oleh web pakcik google dengan Pagerank 10. Bagi saya, dengan Pagerank 2 ini tidak lah terkejut dengan blog yang tidak seberapa ni, waktu menggunakan blogspot dahulu pun sudah menikmati Pagerank 2 ni.
Tahukah Anda?
Salah satu hobi saya waktu ketika dahulu ialah, suka check pagerank blog/web seseorang, haha… entah mengapa suka berbuat demikian, mungkin itulah dorongan untuk berblog, apa yang pastinya, tujuan saya berblog bukan untuk mencari Pagerank dan berjaya dalam SEO.
Tahukah Anda?
Entri posting, gaya persembahan blog, dan yang berkaitan dengan blog ini tidak terikut-ikut dengan blog anda. Jangan risau, saya tidak akan menciplak entri dari blog anda. Saya ada cara saya tersendiri. Mungkin itulah kekuatan saya berblog dan masih lagi belum meninggalkan blog. Apa-apa pun, jika anda suka sesuatu yang wujud dalam blog ini, maklum sahaja kepada tuan blog ini melalui apa cara sekalipun. Bukan apa, bolehlah tuan blog ini mengembangkan hidungnya sekali sekala.
Tahukah Anda?
Sehingga kini. blog ini mempunyai 100 komen spam berjaya ditangkap, 14 post/entri sudah wujud, 6 pages, 14 ketegori, 104 tags dan 633 komen keseluruhan.
Tahukah Anda?
Mungkin dalam dunia maya internet it ini, ramai yang tidak tahu, sangka dan kenalpasti saya salah seorang budak kidal, dengan kata lain rakan seangkatan man kidal atau dengan kata lain Left Handed, ataupun sewaktu dengannya. Bagaimana ingin mengetahui seseorang blogger itu seorang kidal ataupun tidak? Jawapannya : mudah sahaja, melainkan dia sendiri yang beriya-riya memberitahunya seperti saya ini.
Tahukah Anda?
Saya mulakan blog pada April 2007, bermula dengan blogspot dan mempunyai banyak akaun blog percuma, laman web sosial, dan lain-lain lagi. Sehingga saya sendiri yang lupa passwordnya. Mungkin ada yang bertanya, mesti sudah banyak mendapat wang/ pendapatan hasil dari berblog? Jawapannya : Saya berblog bukan untuk mendapat duit, menghabiskan banyak duit adalah. hahaha…Bukan azam 2010 saya untuk menjana pendapatan melalui blog.
Tahukah Anda?
Hari ini, saya sudah tinggal setinggalnya menggunakan Internet Explorer dengan nama glamour saya berikan ialah Paus Biru, kerana waktu dahulu memang gah browser ini. Cuma segelintir ahli keluarga saya sahaja masih lagi tetap dengan pendirian mereka ingin menggunakan Internet Explorer. Dalam sekitar 2 tahun yang lepas saya menggunakan Mozilla Firefox.
Tahukah Anda?
Ketika menonton filem/movie/cerita di Komputer ataupun Laptop, saya tidak akan melakukan FullScreen, saya hanya sukakan dengan resize dan biarkan screen sesuatu pengantar video berada ditengah-tengah dan menggunakan volume yang berpatutan jauh sekali sehingga tahap limit.
Tahukah Anda?
Sehingga 03/01/2010, saya masih lagi tidak menjejakkan kaki kiri dan kaki kanan ke pawagam/ panggung/ Golden Screen Cinemas dan sewaktu dengannya. Apa yang anda fikir? Saya seorang yang kolot bukan? hahaa…Apa pun saya masih lagi sukakan kehidupan yang sedang saya kecapi sekarang.
Tahukah Anda?
Jumlah handphone yang pernah saya guna ialah 9 buah handphone, dari jenis Nokia, Sony Ericson dan Motorola. Bermula dengan Nokia 2100 (yang boleh letak gambar dekat belakang tu..) dan hari ini masih lagi teguh dan tetap menggunakan N80 (ada wifi dan 3mp limited edition gitu…hehe..)
*nantikan entri berkisar tentang handphone untuk masa akan datang.
Tahukah Anda?
Sewaktu sekolah rendah, menengah dan yang keatas lagi, paling tidak suka membuat rangka karangan, sehingga pernah suatu ketika, seorang cikgu berkacamata meminta membuat rangka karangan sebelum membuat karangan dan dia ingin check/periksa rangka karangan tersebut. Alhamdulillah, saya berjaya membuatnya dan berpuashati dengan rangka tersebut, apa yang menghairankan, karangan saya tidak sama dengan rangka karangan tersebut…hahaa…suka karang mengikut kepala otak sendiri. (termasuk puluhan entri di blog ini)
Tahukah Anda?
Pada permulaan blog ini, ramai yang berpendapat dan serkap jarang bahawa blog ini kepunyaan seorang perempuan yang comel lagi ayu. Tu lah padahnya, masuk blog tanpa membaca aboutme/tentang saya/siapa saya. Untuk tahun 2010 ini, harap-harap kes terpencil ini tidak berlaku lagi. Cuba eja betul-betul nama domain tu, dah dapat jawapan senyap sahaja.
Tahukah Anda?
Saya berasa sedikit janggal dan jengkel (betul ke tidak ni..?) apabila orang membahasakan dirinya kepada saya “awak” ataupun “akak”. Antara sebabnya ialah saya tidak mempunyai kakak dan lebih suka panggil nama/gelaran saya sahaja. Mudah bukan? hehe…Apaa-apa pun, jangan khuatir, saya boleh terima apa sahaja yang ingin anda membahasakan/pangkat.
Tahukah Anda?
Entri ini adalah entri pertama untuk tahun 2010, ianya hanya sekadar suka-suka dan membuatkan pengunjung semua tahu dan ingin tahu siapakah tuan punya blog ini. Adakah tuannya seindah kata-katanya. haha… Semua yang diatas tidak mempunyai apa-apa niat dan tidak ada kena mengena dengan yang hidup, yang hampir mati, yang masih lagi diberi peluang untuk hidup (bersyukurlahh…) dan yang sudah mati….
Tahukah Anda?
Jika anda seorang yang peka, berapakah jumlah info Tahukah Anda dapat? Maksudnya berapa bilangan tahukah anda tersenarai? 5 atau 6? Sila kira sendiri, ianya hanyalah sebahagian daripada ebook 1001 Tahukah Anda? tentang saya. hahaha….Ingin ebook percuma? Langganlah blog ini dengan percuma.
*Sila lihat pada ruangan sidebar dan masukkan email anda tanpa perlu berfikir lagi.
p/s : entri kali ini sedikit emosi pada diri anda, sebab agak keterlaluan dan mual lagi loya untuk anda membacanya…haha…Maaf banyak…
-TAMAT-








12:25 pm on January 3rd, 2010
fuh. banyak tahukah anda la. kiranya makin tahu la ni.
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 5th, 2010 at 5:35 pm
hahaha…makin tahu dan menjadi semakin ingin tahu…haha..
[Reply]
12:30 pm on January 3rd, 2010
tahukah anda, Kak Jie baca semua ayat tanpa melompat samaada lompat bergalah atau lompat dalam parit.
avatar mcm pompuan
theme mcm pompuan
nick pun mcm pompuan
nak salahkan kita lagi..hehehehe
[Reply]
Akuro San Reply:
January 3rd, 2010 at 1:01 pm
yes! sokong apa yang kak jie, katakan itu~ huhu~
[Reply]
topo Reply:
January 3rd, 2010 at 2:38 pm
sangat sokong kak jie.. hahhaa
[Reply]
oh!dawie Reply:
January 4th, 2010 at 11:58 am
hoho..mcm pantun lak kak jie..hehe.
erm,byk gk spam kt blog ko ek?mane g line kt kotak komen nie ek?ke aku jer yg xnmpk?
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 5th, 2010 at 5:36 pm
line komen? ada je la oh!dawie weii….yg xnmpk tulisan reply tu ada lah aku rasa…hehe…
kakjie tu memang juara pantung zaman kecik2 dulu tu..hehe..
[Reply]
samanosuke_04 Reply:
January 4th, 2010 at 4:46 pm
xleh nie.. aku nak sokong gak!
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 5th, 2010 at 5:40 pm
ramai nya yg sokong kak ji nie…haha..oh!tidak…
” avatar mcm pompuan ? ” = tu gmbr saya masa kecik la…xkan xleh nk ngaku gambar tu hensem..haha..
” theme mcm pompuan ? ” = yg ni memang tidak boleh disangkal lagi…haha…tapi saya lelaki gagah..bkn sutun..hhehe..
” nick pun mcm pompuan? ” yg ni mungkin sekali pandang kot…kalau eja dan baca betul2 dia akan jadi syarif la.. bkn syarifah…dll..
” nak salahkan kita lagi… ? ” xde-xde, nk salahkan korang semua gak..haha…
[Reply]
1:07 pm on January 3rd, 2010
gambar epal punyalah besar kat atas tuh. ingatkan nak citer pasal diet tadi~ huhu~
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 5th, 2010 at 5:41 pm
adess……..haha..xtahu nk amik gmbr apa, tiba2 berkenan dgn epal tu..haha..lain kali je la buat entri sal diet….
[Reply]
2:40 pm on January 3rd, 2010
banyak giler 633 komen. hohoho
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 5th, 2010 at 5:46 pm
bnyk ke pebendanya…tu termasuk komen pages la… x abis2 dengan rendah diri abg topo martopo ni…haha… komen utk entri xde la bnyk sangat…
[Reply]
6:56 pm on January 3rd, 2010
tahukah anda.. yang saya baru tahu?
[Reply]
8:15 pm on January 3rd, 2010
tahukah anda bahawa saya baca beberapa kali di page aboutme untuk tidak silap bahawa tuan punya blog ini adalah bukan seorang perempuan..
hehe…
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 5th, 2010 at 5:46 pm
adess………ni group kak jie lagi ni…hehe… bnyk bnyk kali xpe…harap2 lain kali ingat. haha…
[Reply]
12:43 am on January 4th, 2010
tahukah anda, anda amat jambu skali kerana guna bg yg jambu itu.. mmg sy akan bajet kamu blogger ppuan.. dulu la..
try boh gambaq sendiri tgk
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 5th, 2010 at 5:47 pm
hahaha…aku nk pamerkan gmbr kelakian aku dekat twitter hari tu…bebrapa org bertuah je dapat tngok..hehe..
[Reply]
12:17 pm on January 4th, 2010
aku nak tambah 2 lg tahukah anda?
tahukah anda?
99% yang masuk ke belog ini akan mengatakan belog anda belog seorang awek yang nakal..haha.awek nakal dikelas sebagai awek kua malam balik pg..awek yg klua maghrib balik bunting..hahaha
tahukah anda?
buah epal hijau boleh menghilangkan lemak dan baik untuk mereka yang inginkan diet seperti tuan belog ini.hahaha
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 5th, 2010 at 5:50 pm
lebih dari dua pun xpe nk tambah…rasa xcukup blh tambah lagi…hehe… 99% tu mcm tipu je…99.99% lagi la tipu…hahaha…
azizankadir + awek cun = memang x boleh dipisahkan…haha…
aku plak yg kena dengan epal hijau…haha…xde la berlemak mana tuan blog ni….mcm broke lesnar ada la..
[Reply]
azizan4444 Reply:
January 5th, 2010 at 8:10 pm
awek cun xpe jgn awek nakal.hahaha…lame aku x dgr name broke lesnar..ko kembar die ke?lol
aku tgk je epal ijau ko tu trs aku terbayang azam thn bru ko nk diet.kah3
[Reply]
3:24 pm on January 4th, 2010
tahukah anda, aku sangat kesenyuman membaca entri ni… best.. hoho
[Reply]
4:47 pm on January 4th, 2010
tahukah anda, post kali nie menyebabkan ramai pengkomen memulakan komen mereka dengan “tahukah anda”?
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 5th, 2010 at 5:51 pm
tu yg heran tu…xde la aku suruh gunakan ayat itu pun…haha…rajin je guna…haha…TQ.
[Reply]
6:17 pm on January 4th, 2010
pergh. banyak tul tahukah anda. haha~
[Reply]
11:55 pm on January 4th, 2010
tahukah anda, aku baca entri ni tak sempat abih sbb panjang sgt..
tahukah anda, aku komen dulu kt sini pastu baru teruskan bacaan nk bg abih jugak..
tahukah anda, aku tak tahu pn bende2 yg ko tulis sbb kalo google pn mustahil akan jmpe sume pasal diri ko..
tahukah anda, aku dh lama tak update blog aku.. waaaaa
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 5th, 2010 at 5:52 pm
” tahukah anda, aku tak tahu pn bende2 yg ko tulis sbb kalo google pn mustahil akan jmpe sume pasal diri ko.. ” HAHAHA…sebab google tu bukan bapak aku la…google xnak ambil tahun pun pasal aku..hehe..
bila nk updatenya…?hohoho…
[Reply]
3:12 am on January 5th, 2010
hoho byk betul TAHUKAH..dan sememangnya aku tak tahu sblm bc ni..hehe
[Reply]
1:23 pm on January 5th, 2010
Hehehe… Memang pada mula2nya merasakan yang blog ini adalah milik seorang perempuan. Tetapi rupa2nya milik seorang blogger lelaki. Walauapapun, semoga berjaya di dunia blog dalam tahun 2010 ini.
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 5th, 2010 at 5:53 pm
TQ bro…yg dah lepas sudah la..yg 2010 yang akan kita hadapi ini bnyk lagi halangan/ujian dariNya…
[Reply]
7:36 pm on January 5th, 2010
Akak syinnnnnnn.. Miahahhahha.. Brapa byk “tahukah anda” lah.. Sampei mau tergeliat lidah aku nyebut..
[Reply]
1:10 pm on January 6th, 2010
tidak tahukah saya?
banyak betul tahukah anda dalam post
[Reply]
8:56 pm on January 6th, 2010
hahaha.. aku boleh sengih2 baca n3 ni.. wlpn nmpak cam serius tp ada humor’nya di situ.. nice.. skrng dah tahu wlpn sket2 je. ngeh..
[Reply]
10:47 pm on January 6th, 2010
Wau banyak rahsia diri didedahkan diatas, gambar yang latest ada tak hehe
[Reply]
1:53 pm on January 7th, 2010
wei, aku suke giler ngan entry ni!!!! tersendiri. tak ada ciplak2.hahahaha
[Reply]
10:05 pm on January 7th, 2010
Tahukah anda?
bahawa aku kina telah berjaya membaca entri ini dengan penuh khusyuknya. hehe, gilalah. sejak 2007 lagi ye berblog. mesti byak ilmu ni.
[Reply]
12:13 am on January 8th, 2010
Ada sebab tertentu atau petua tengok movie tak full screen? Ke petua penjagaan mata supaya sihat selamanya.
[Reply]
9:44 pm on January 8th, 2010
haha…macam2 la ko ni…berapa banyak tahukah anda daaa..
cubaan + rintangan betul utk aku bace smpi ke titik noktah…tp akhirnya abis jugak aku baca….
[Reply]
2:00 pm on January 11th, 2010
tahukah anda :
org pun keliru dgn nama blog aku dulu. mcm girl jugak bunyi -___-”
[Reply]