Ramai yang tercari-cari dan sering menanti bagaimana cara yang paling berkesan lagi efektif untuk popularkan blog dan seterusnya meningkatan trafik serta membawa pulang hasilnya.

Bersepah jugalah tentang pelbagai tips popularkan blog dekat mana-mana blog. Walaupun sedar blog tidak popular, tapi tetap mahu berbicara tentang tips popularkan blog.fuhh…!!! Kali ini tiba giliran saya plak. Sama ada hendak ikut tips ini, semuanya terpulang padan anda semua… hehe.. Read the rest of this entry »

Kekadang kita terlalu terikut-ikut dengan perasaan kita. Mungkin ego diri sendiri. Bila ada orang ajak kepada sesuatu perkara kebaikan, kita sengaja mencari alasan dan mahu menjauhkannya. Padahal kita memang arif dan tahu perkara itu baik untuk diri kita, cuma caranya sedikit berlainan. Adakah ego namanya?

Kita ingat diri kita yang paling banyak memikirkan masalah, tapi kita tidak sedar, ada lagi orang lain yang banyak menanggung masalah dari kita. Sering merungut-rungut serta sengaja uar-uarkan diri kita paling banyak masalah…Takkan hidup kita hanya sekadar untuk meraih simpati orang? Tidak mahu berusaha sendiri. Egokah kita? Read the rest of this entry »

Pada entri terakhir tahun 2009 “2009 kian berlabuh“, saya ada membuat pengumuman untuk jarang-jarang berkeliaran di dunia internet dan ia juga boleh dilihat pada status Yahoo! Messenger saya “syinrayafa” *sila add kalau ingin tahu..haha.. Namun jawapan yang terbaik untuk diberikan tidak dapat dikenal pasti, apa yang penting, saya perlu menggunakan sebaik-baiknya masa kesempatan yang ada ini supaya hidup lebih bermakna. Lagi bukan saya seorang blogger sepenuh masa.

Mungkin perkara tersebut merupakan salah satu daripada 2juta azam untuk tahun baru 2010. Sebut pasal azam tahun baru pula, bagi saya tidak semestinya tunggu tahun baru baru mempunyai azam, cuma kadang-kadang sudah menjadi satu adat kemestian bagi setiap induvidu bila masuk tahun baru. Bagi saya, azam saya tidak bermusim mengikut tahun. haha… Read the rest of this entry »

ada blog

Apa akan terjadi? Pernahkah anda terfikir dengan persoalan yang diberi…?
Suatu ketika dahulu, saya terfikir apa akan jadi bila semua orang ada blog tapi sehingga hari ini saya masih belum lagi menemui jawapan yang tepat.

Dari peringkat usia/umur berapakah (bermula umur berapa) seseorang itu sudah mempunyai blog? dan berapakah usia tertua bagi yang mempunyai blog…? (ada sesiapa yang ketahui fakta boleh kongsi…) Read the rest of this entry »