
Kekadang kita terlalu terikut-ikut dengan perasaan kita. Mungkin ego diri sendiri. Bila ada orang ajak kepada sesuatu perkara kebaikan, kita sengaja mencari alasan dan mahu menjauhkannya. Padahal kita memang arif dan tahu perkara itu baik untuk diri kita, cuma caranya sedikit berlainan. Adakah ego namanya?
Kita ingat diri kita yang paling banyak memikirkan masalah, tapi kita tidak sedar, ada lagi orang lain yang banyak menanggung masalah dari kita. Sering merungut-rungut serta sengaja uar-uarkan diri kita paling banyak masalah…Takkan hidup kita hanya sekadar untuk meraih simpati orang? Tidak mahu berusaha sendiri. Egokah kita?
haha…macam luahan dari isi hati je kat atas ni…hehee…xde kerja. Walaupun banyak lagi draft entri dalam otak, sengaja pinggirkan yang lain hanya untuk posting spontan ini. Sekurang-kurang sekali sekala entri berunsur kejiwaan apa salahnya. Blog aku aku punya pasal la…
Hari ini, masih tidak mengerti, mengapa kebanyakkan perempuan berblog, takkan lari dari meluahkan perasaan pada blognya. Segala isi hatinya di coretkan. Mungkin ianya sudah menjadi diari moden pada masa kini. Sehingga kadang-kadang, untuk menghabis bacaan entri tersebut, memang sukar, (aku la yang baca tak abis tu…) silap-silap diri sendri yang beremosi. haha… Sesentengah perempuan je la… Adakah lelaki ego untuk meluahkannya? hehe..
Tiada apa pun yang hendak diperkatakan dalam posting kali ini, hanya sekadar memenuhi ruangan posting sahaja. Mata melirik pada Toolbars desktop, betul ke hari ini sudah 31/1/2010? Adakah laptopku tersilap tarikh? Mencari jam tangan untuk memastikannya lagi. Memang betul, 31/1/2010. Begitu cepat masa berlalu. Bulan dua hampir tiba. Namun, banyak perkara pada bulan satu dihabiskan begitu sahaja. Sedikit sahaja diisi dengan perkara bermanfaat. Minit berganti jam, jam berganti hari, hari berganti minggu, minggu berganti bulan, bulan berganti tahun…Cepat sungguh silih berganti. Ego sungguh saya ini. Semua hampir dilupakan.
Matahari terbit dari barat, memang benar dan pasti akan berlaku. Cuma kita tidak pasti bila ianya akan terjadi. Tapi, serius saya katakan, masih banyak lagi persediaan yang belum di buat untuk menghadapi pengakhiran dunia ini ( Hari Kiamat ) Masih lagi bergelumang dengan dosa-dosa. Merasa tidak layak untuk syurga, tapi seringkali sengaja ingin membiarkan diri ke neraka. Masih lagi tidak mahu berubah menjadi sebenar-sebenar hamban kepadaNya. Adakah saya ego dengan nikmat sementara dunia?
Ada masa kita gelak ketawa, ada masa kita sedih menjatuhkan titis-titis air mata. Mungkin kerana badan tidak berapa sihat, sengal-sengal pada tulang terasa dan otak yang kepenatan, posting ini terhasil. Bila berkeadaan susah baru ingat kita ini hanyalah hambaNya. Bila semuanya senang, kita sering melupakannya. Ego masih lagi menguasai kita?
Sebenarnya, hanya ingin tonjolkan video dibawah ini je…hahaha…sambil-sambil tu, layan dulu posting yang sungguh puitis ini. hahaha…Memang diakui, saya memang layak untuk hasilkan satu novel yang sungguh mengamitkan kacau bilau jiwa kalian….hahaha…
Bad Day – Daniel Powter
p/s : tertarik dan suka dengan cerita dalam lagu ni…haha…kali pertama tonton video lagu ini dalam TV2 pada waktu pagi ketika masih lagi peringkat menengah. Siapa kata saya tak suka lagu english? Tapi bukan semua la suka… – egokah saya?








9:24 am on January 31st, 2010
heh… mukadimah punya panjang,,, last2 isinya video daniel powter je…:P
[Reply]
syin Reply:
February 8th, 2010 at 10:28 am
hahaha…kurang2 ada makna skit…haha..taklah kosong sangat…
[Reply]
9:24 am on January 31st, 2010
haha..saya pertama
im also get a bad day today
[Reply]
elyaszbha Reply:
January 31st, 2010 at 9:24 am
no 2 plak..
lambat
[Reply]
syin Reply:
February 8th, 2010 at 10:28 am
padan muka…hehehe…. aku no.2 1/2 haha..
[Reply]
10:02 am on January 31st, 2010
kadang-kadang kita bercerita meluahkan perasaan di blog bukan sebab nak minta simpati. tapi lebih kepada memerlukan kata-kata penguat dan nasihat dari rakan-rakan yang lain yang sudi menasihatkan. dan mungkin juga apa yang kita ceritakan itu boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain yang sudi membaca.
‘life and fate like a wheel’. mungkin hari ni kita ada problem dan kita cerita kat blog. ada beberapa rakan blogger yang sudi memberi nasihat dan kata-kata semangat pada kita. pada masa akan datang, mungkin salah seorang rakan blogger yang beri semangat kat kita tu pula ditimpa musibah. waktu itu, boleh jadi kita akan bantu si rakan ni balik. mungkin tak boleh bantu secara terus, tapi dengan kata-kata semangat pun, sudah boleh melegakan hatinya, bukan?
btw, lagu ‘Bad Day’ tu best juga. First time saya tengok videoklip dia. menarik! suka tengok part yang dia orang melukis dekat papan iklan tu~ hehe~ kreatif betul~
[Reply]
syin Reply:
February 8th, 2010 at 10:31 am
fuhh….betul tu kata cik akuro san… tiada apa yg nk dikata…hehehe…saya surrender…haha..
hohoho…boleh tahan la lagu tu…haha..blh masuk dalam senarai video yg mesti kita tngok dekat entri cik akuro san tu…haha.. part lukis tu memang best… dua ada bad day…last2 jadi happy day..haha.
[Reply]
10:55 am on January 31st, 2010
syok membaca..
terhibur dengan lagu yang disediakan
[Reply]
12:11 pm on January 31st, 2010
aku byk sgt prob..huhu bila ada prob dgn si dia je, mesti akan ada prob lain yg timbul..tp tu dlu la, skrg dh ex..ekekeh
[Reply]
syin Reply:
February 8th, 2010 at 10:32 am
hahhaa….kenapa x ajak je si dia selesai bersama? hahaha…biar dua-dua turut problem…haha…baru berbaloi jadi ex…haha..
[Reply]
3:00 pm on January 31st, 2010
apabila lelaki menulis hal kejiwaan, ramai yang mula pelik. sampai ada pulak yang mempersoalkan. kenapakah?
[Reply]
kertaz Reply:
January 31st, 2010 at 10:23 pm
aku sokong!
[Reply]
syin Reply:
February 8th, 2010 at 10:33 am
hahaha….ada gak kot yg tulis pasal kejiwaan…tapi xde la teruk sngat…hahaha….cuma kena kutuk kaw2 je..
[Reply]
1:42 am on February 1st, 2010
Saya memang ada blog personal sebab saya tak nak kongsi masalah saya dengan orang yang saya kenal. Blog tu, tak de sorang pun tau kecuali orang tu datang dari search engine dan follow blog saya.
Saya jenis yang perlu meluahkan ketika saya sedih. Tapi, sejak saya selalu silap pilih orang sebagai tempat luahan, saya pun luah kat blog je. Lawas! hehe…
[Reply]
syin Reply:
February 8th, 2010 at 10:34 am
hahaha….nk try search la ni..hehe…kalau org kenal baca…mesti tebal gila muka ni…yup..btul tu..blog kadang2 dah jadi diari dahh…
[Reply]
3:06 pm on February 2nd, 2010
masa memang cepat berlalu..tapi aku nak lagi cepat untuk grad ni..pening pale dah ni..haha..lagi 2 tahun..lama gak tu..sabar2..hehe
[Reply]
syin Reply:
February 8th, 2010 at 10:35 am
hahaha…study sampai pecah otak bro…baru betul2 hao liau…haha…
sabar naa…
[Reply]
7:17 pm on February 2nd, 2010
kesian kau
kau nak KFC tak? aku blanje
[Reply]
syin Reply:
February 8th, 2010 at 10:36 am
hahaha…apa ada pada kfc? hohoho…baik belanja aku minyak pelincir shell advance…best gak…
[Reply]
7:18 pm on February 2nd, 2010
mmg betul org pompuan suka meluah perasaan dlm blog..kenapa ya..
[Reply]
syin Reply:
February 8th, 2010 at 10:37 am
hahaha…aku sendiri pun tarak tahu pe pasal…
sbb dia… dot..dot..
[Reply]
3:59 am on February 4th, 2010
ambo x suke luah perasaan dlm blog..makin diluah makin ramai awek..tu yg takot tuh..hahaha…epi2 je bro…rlex suda
[Reply]
syin Reply:
February 8th, 2010 at 10:38 am
cehhh….best ah ko tu…kalau aku mcm ko..dah lama dah aku luahhh…siap reka cipta lagi apa yg nk diluahkan…hahaha…
[Reply]
3:35 pm on February 4th, 2010
hehe, tengah emo ke bro? takpe2. blog ade memang tuelaa gunenye, luah abes2!
[Reply]
syin Reply:
February 8th, 2010 at 10:37 am
hahaha…aku xde emo la…hari2 aku happy je…tapi kalau terlebih hepi pun payahh…skali skala kena gak sedihh….hehe..
[Reply]
11:42 am on February 18th, 2010
Sekarang blog banyak dah jadi mcm diari….
betul x?
hehe
[Reply]