Lama sudah tertangguh entri ini. Asalnya tujuh, tapi yang ketujuh tu tak dapat masuk separuh akhir…hehe.. Enam blog ni, bukanlah pilihan ramai, tapi iannya hanyalah pilihan saya sendiri.

Ada sesetengah blog yang tesenarai ini, mungkin ada yang sudah biasa, terbiasa, dan mungkin juga dah tak ambil tahu dah dengan blog tersebut. haha…Mungkin ada yang sudah pernah anda kunjungi. Hari-hari kot.

1) JUSTKHAI.COM

Yang ni memang tak payah nk cerita/explain banyak-banyak…satu twitter atau facebook sudah mengetahuinya. Tak mustahil satu Malaysia pun tahu. Kalau nak cerita mcm mana aku kenal blog ni, memang tak ada jawapan yang tepat hendak bagitahu. Merupakan founder forum “ scukz.com ” dan juga ” Oh! Media ” – boleh la google sendiri apa projek terbaru dari beliau sendiri. Yang biasa dimasuki saya sendiri ” JustKhai.com ” , “Oh!Tidak” , “Oh!Artis” . Sekali sekala masuk gak “Oh!Cun” dan “Oh!Islam” Tidak lupa juga “Oh!Jika” haha..sekitar 2 kali je masuk. dll. haha..

Untuk pegetahuan semua yang dah tahu, agak-agaknya bila beliau menceburkan diri dalam dunia blog? haha.. (rajin plak nak dedahkan skandal org..) Tak silap, sewaktu beliau sudah mempunyai gigi la. Dalam sekitar usia 16 tahun. (zaman cinta monyet). Kalau kalian nak tahu juga, ni blog pertama beliau ” wackynetworks ” – x percaya sudah… Boleh mencari beliau di Facebook dan juga Twitter . Semoga segala perancangan khai tercapai dan berjaya. Ingatlah juga kita hanyalah hambaNya. -NEXT

2) AMANZ.MY

Bila sebut khai, janggal/rasa sesuatu kurang plak kalau tak sebut Aman. Nama feymes beliau ialah ” Aman Hensem ” dan nama kurang feymes beliau ialah ” Aman Firdaus ” – bukan adik beradik Aliff Firdaus cerita TV3 tu…haha… Seorang Full-time Student dan juga Seorang Part-time Blogger. Berjinak dengan blog pada tahun 2005, 2 tahun lebih tua dari saya. -usia terlibat blog

Seorang graduan di Universiti Industri Selangor (Selangor) yang begitu minat dengan teknologi. Berbalik kepada Amanz.my, – merupakan blog tentang apa sahaja mengenai Informasi Komputer dan Teknologi Semasa. Berbahasa melayu dengan ayat mudah difahami dan senang untuk diingati. Tidak rugi kalau subcribe atau bookmarks. LinuxMalaya juga merupakan hasil usaha beliau sendiri. – berkaitan tentang informasi Linux dan sewaktu dengannya. Amanz Network menjadi kekuatannya. Tidak mahu ketinggalan juga untuk menyertai laman sosial Facebook dan Twitter.

3) TOPOTATO.COM

Ini jangan pula anda terpedaya, bukanlah dari anak syarikat MR.POTATO, ianya hanyalah blog yang gila kentang. Nama manjanya ialah Topo bukan si Martopo, – Nama topo diwarisi sejak tahun 2001. Warna hijau kemudaan menjadi lambang bagi beliau sendiri dan juga sebagai duta tak rasmi Upin dan Ipin.

Nazrien Zairani? Apa kaitan dengan si Topo? Apa kata kalian siasat sendiri. Baru dapat jawapan yang tepat. Terbarunya, walaupun dalam keadaan genting kekeringan poket duit, proses cari gali tidak mendapat hasil, dengan tidak segan silu beliau melancarkan projek kedua beliau iaitu ” Nazrien.com ” -bagi sesiapa yang sudah mengakui dirinya sudah kacak, tidak digalakkan masuk. Blog tersebut bertujuan untuk berkongsi tips dan informasi mengenai apa sahaja tentang internet, wordpress, blogging dll supaya lebih bermakna lagi kacak di internet. Supaya lebih bermakna, jangan lupa muat turun Icon Feed RSS ciptaan beliau di sini. Boleh follow beliau di Facebook dan Twitter.

4) SEMBANGKOMPUTER.COM

Merupakan sebuah blog mengenai Permasalahan berkaitan Komputer dalam bahasa Melayu. Senang untuk difahami. Penjelasan yang terang dan padat dengan informasi. Nama penuh beliau ialah ” Muhammad Khairul bin Zainal Abidin ” dan nama timangannya pula ialah “MK” – MJ ( Mickeal Jackson) bukan rakan sekolah beliau. Beliau seusia dengan penulis. Turut sama seusia dengan Datuk Khairul Hassan.

Seingat saya, saya menjumpai blog ini melalui google. Sekitar 3-4tahun lepas selepas mencari info berkaitan komputer. Akibat kesibukkan kekangan masa, penulis jarang memasuki blog ini. haha… Beliau merupakan graduan lepasan dari JMTi (Japan Malaysia Technical Insitute) dalam jurusan Diploma Teknologi Kejuruteraan Komputer. Sekarang telah berkerja dengan sebuah syarikat swasta di ibu kota raya. Tidak turut ketinggalan menggunakan blogspot – sila google sendiri. Jangan lupa juga masuk blog ini ” Sembang Programming “. Boleh ikuti juga beliau di Facebook dan Twitter serta Thumblr.

5) DILARANGMELARANG.COM

Pernahkah kalian semua mendengar blog ini ” http://teranung.blogspot.com/ ” ? – merupakan satu blog yang sentiasa dilawati orang ramai. Merupakan salah satu tempat untuk download movies/software dll serta informasi internet. Disebabkan hal tertentu, blog ini seolah-olah bangkai hidup. haha… Pernah juga menjadi tempat singgahan penulis zaman muda remaja dahulu.

Selepas dari tersebut, bernyawa dan kembali wujud dengan ” http://blogmenjerit.blogspot.com “. Macam biasalah, peminat tips dan tutorial blogspot Malaysia memang tahu dan arif sangat dengan blog ini. Kalau tidak tahu, anda masih lagi bukan seorang pengguna blogspot tegar. Setelah beberapa tahun, muncul pula ” http://www.dilarangmelarang.com/ ” setelah lama tidak orang melarang kerana kesibukkan tuannya mencari ilmu, hari ini, blog tersebut (dilarangmelarang) beroperasi kembali. Lebih segar dan hangat macam dulu.
Pada fikiran kalian semua, ketiga-tiga blog diatas, adakah tuan blog tersebut adalah orang yang sama? Cuma bertukar wajah? Lu fikir sendiri…hahaha… Boleh ketemui beliau di Twitter. – boleh google juga myspace beliau.

6) APPLESYNDROME.BLOGSPOT.COM

Mungkin ada yang pernah memasuki dan mengetahui blog ini. Jika tidak, sila berbuat demikian. haha… Blog tersebut hanyalah sekadar tulisan/coretan peribadi beliau sendiri. Perkara-perkara yang beliau lalui dan banyak lagi. Suka dan gemar kelihatan kemas dan cool. ” Mohawk ” hair style menjadi gaya rambut beliau. ( lain orang, lain gaya style…penulis dengan gaya tersendiri) haha…

Pernah dengar nama ” Travis Barker ” ? Apa kaitan dengan beliau? Kalau kalian buruk-burukkan ” Travis Barker ” memang naik angin tuan blog ni… haha… -sorry bro, pecah rahsia. Waktu ketika dahulu, penulis hampir lupa nama url blog ini. -panjang sangat. Kira macam lost contact la…haha.. Kenal dengan blog ini apabila tersenarai pada blogroll blog ni “sila klik” -lepas itu, tuan blog itu tidak paparkan blogroll beliau. Kerannya, penulis hampir lost contact dengan blog ini. hahaa…….

Pernah penulis baca komentar seseorang dari blog beliau sama maksud seperti ini ” best ah baca blog ini, aku start dari awal baca entri blog ni (entri pertama blog ) sehingga yang terbaru ” -haha..xtahula best ke tak blog ni. Kalian boleh baca tersendiri. Gaya penulisan blog yang tersendiri, ringkas, stylo, lawak dll. haha… Sudahkah anda teringin untuk membacanya? Boleh ketemui beliau di Facebook – termasuk laman sosial lain, penulis sendiri tidak ingat lagi tidak ketahuan.

Rumusannya, kenapa nama blog diatas menjadi kegemaran penulis? Tidak bermakna tak senaraikan blog lain, tidak beerti tidak menjadi kegemaran. Siapa tahu, penulis bookmark sehingga penuh tab dan follow. haha.. Kenapa blog tersebut menjadi kegemaran? :

1) Ayat yang ringkas dan padat – tercapai apa yang nak disampaikan
2) Penulisan dengan gaya tersendiri – tidak tiru orang lain..haha..
3) Mempunyai unsur humor=lawak gila -tak bosan
4) Gaya persembahan blog yang simple tetapi menarik – theme/template, widget dll
5) Berbahasa Melayu – 80% penulis suka blog melayu, English tidak juga dilupakan
6) Bukan blog yang hanya hangat topiknya – sekali sekala boleh baca
dan lain-lain lagi.

p/s : tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati. seribu dan jutaan kemaafan kerana entri kali ini terlalu panjang. bersesuaian hampir 2 minggu tak update. jangan lupa lihat blogsphere blog ini . pada pendapat kalian? – apa yang kekurangan dalam senarai blog kegemaran? * jawapan rujuk dibawah.

*blog perempuan tidak tersenarai…haha..

Related Posts with Thumbnails

67 Comments

  1. Salam, rasa mcm nk lawan jer entri ni,haha;p

    [Reply]

    syin Reply:

    hahaha…nk lawan? dipersilakan..hehe..
    blog manakah pilihan si arnamee ni agaknya..

    [Reply]

  2. hoho, bagus2. 5 teratas aku mmg selalu masuk. yg ke enam tu tak perasan la plak. hehe

    [Reply]

    Poziabb Reply:

    sama la kita, ni baru tau blog ke enam tu. ada masa nanti, nk gak aku masuk…lihat apa yg ada!

    selain tu, ada dua blog lg yg sangat bermanfaat tuk kita kunjungi:

    SMARTZUL – http://blog.smartusaha.com/

    EJAD – http://www.rohaizad.com/

    [Reply]

    syin Reply:

    hahaha…yg bawah skali tu jarang beraksi…blogspot tu..memang best..

    sempat lagi promote blog 2 org tu..haha..

    [Reply]

  3. Asl bl0g aku x trmasuk jgk lam entri ni hahaha..prasan sggh..keh3. .bl0g2 6 nih mmg blh dikatakan otai bl0g r nih..huhu

    [Reply]

  4. hehe..aku suka penulisan ko bro..walaupun panjang secara tak sedar aku dah habis baca..aku ni dah la ssh nak suruh baca..haha
    pandai ko buat penerangan tentang sesuatu blog kan..tahniah..hehe

    [Reply]

    syin Reply:

    adess……puji ni ke perli…? hahaaha..
    aku main tembak je tu..spontan je taip..lama gila ambik masa…hahaha..xmkn pg aku.

    [Reply]

  5. minat aku 100% pada teknologi,jd Amanz.my mmg jd faveret aku. yoshhh. Sah,aku mmg techno-geek!

    [Reply]

    syin Reply:

    dah tahu…ko selalu lepak kat situ…haha..
    peminat setia si amanz.my la ni…
    p/s : bertambah hensem la aman.

    [Reply]

  6. ala.. bile blog zu nk masuk syinrayafa punye pilihan.. ape kurang zu?? hahahahha.. emo jap

    [Reply]

    syin Reply:

    hahaha…ntah..xdpt bg jawapan.
    ” tepuk dada, tanya selera…” haha..rilek bro..

    [Reply]

  7. semua blog yang di nyatakan, saya dah pernah masuk. Blog yang ke-6 tu, kalau baca cerita lawak dia memang best~ :D

    [Reply]

  8. untung yang femes mcm diorang kat list tu!

    [Reply]

  9. smpai hati xmasukkan blog aku kt situ..huhu

    [Reply]

    aizuddin Reply:

    haha..aku rasa blog ko yg ke 7 tu la..
    x dpt masuk separuh akhir..hehe

    [Reply]

    syin Reply:

    hahaha..ala cikgu muda kita ni..nak emo la plak… betul dh kot yg ke7 tu..hehe..panjang sangat..reject la satu…haha..

    [Reply]

  10. blog2 terbaik semua kat atas tuh..hehe domain amanz tu yg mahai sekali..hehe..banyak boleh pelajari dari blog2 yg ko senarai tu, best…:)

    [Reply]

    syin Reply:

    yupp…betul..betull…
    tak tercapai dek akal utk membeli domain tu…haha..
    memang patriotik gila-gila si aman tu.

    [Reply]

  11. semue aku bace, tapi yang last tu baru arini aku tau.huhuhu

    [Reply]

  12. kan best klau blog aku tersenarai dlm list tu.. tp apa akan daya, aku hanya blogger yg melukut di tepi gantang ;(

    [Reply]

    syin Reply:

    melukut di tepi gantang tu apa…? sama tak dgn katak memanggil hujan? haha..setahun 2 tahun lagi tersenarai la blog ko tu dekat blog org lain…hehe..lain orang lain citarasa..

    [Reply]

  13. Semua blog diatas dah pernah masuk kecuali yg no.6 tu, baru harini nak kenal, ok mari skodeng blog dia

    [Reply]

  14. klu blog pompuan msk pon 1 je aku ykin akn tersenarai..blog syinrayafa.lol

    [Reply]

    syin Reply:

    adesss……ni kes naye ni…haha..
    ko listkan dekat blog kot masuk kategori tidak dapat kenalpasti jantina..haha..

    [Reply]

    azizan4444 Reply:

    99.9% konpius nnti…,tp xpe sblom aku list aku kasik taw ko nye sex dulu…haha

    [Reply]

  15. blog aku bila lagi? ;p

    blog last paling aku suka. sbb die paling hensem WKAKAKAKAKAKKAKAKAKAA

    [Reply]

    syin Reply:

    hampehh…!!! haha…dah tuan blog ni tak hensem ke..? hahaha…

    [Reply]

    azizan4444 Reply:

    hensem tp x ckp jantan

    [Reply]

  16. blog sayep xbest ke.??
    heheh

    [Reply]

  17. belog l0lly ?

    MAJOKS.

    p0mpuan takde? diskriminasi disitu! hik hik hik.

    [Reply]

    syin Reply:

    hahaha….kalau blog pompuan ada, mesti yang terkahir sekali…yang ke-29/30 hehe…

    majuk2 nanti cepat tua…

    [Reply]

  18. blog aku takda ke? hehe

    [Reply]

    ery Reply:

    blog ko pun best gaks~

    [Reply]

  19. tahniah pada yg list.. huhu

    [Reply]

    syin Reply:

    kecewa ke pasrah ni…? ermm…

    [Reply]

  20. Lima teratas tuh slalu kuar masuk jer.
    Hehehe!!!

    [Reply]

    syin Reply:

    hehe…bagus2…kira menjadi kebiasaan semua org la lima2 tu…? jgn lupa yg enam tu skali…

    [Reply]

  21. nice lists! pepehal pun, long live malaysian blogger ^_^

    [Reply]

  22. Aku x der pon.. Miahahahha.. Btw blogger malaysia pun dah setanding blogger luar.. =)

    [Reply]

    syin Reply:

    hehehe…jgn bersedih hati…haha..
    yup, betul tu…. ada gak sesetengah dah melebihi blogger luar dah pun..haha..

    [Reply]

  23. yg no 6 tu bru je tau…nak try tengok jap

    [Reply]

  24. blog bro juskhai dan sk aku suka masuk…
    dan blog cik syin..
    sedap owhh..

    [Reply]

    syin Reply:

    sebut blog khai tu, makcik timah kat chow kit pun tahu…

    sal blog aku plak…tu mcm main tipu je tu..haha..xde maknanya puji lebih2 blog aku nihh..hehe..

    [Reply]

  25. hehehe.. 5 keatas mesti punya tersenarai.. mmg top diorg.. ekeke..

    [Reply]

  26. tak senaraikan blog pompuan sbb nak jaga hati seseorang kah?

    hehehehe….

    [Reply]

    syin Reply:

    maksudnya? ke kak jie ada maksud sesuatu nihh…? kalau list blog pompuan, tidak mustahil blog kak jie pun ada…hehe…

    nanti yg lain plak jeles…wakaka..

    [Reply]

  27. suke baca justkhai je. tapi dh lama dia x update blog

    [Reply]

  28. sila undi2 untuk blog paling femes…
    “D’

    [Reply]

  29. best2 juge laman2 yg anda review-kan nih…

    =)

    [Reply]

  30. Ery
    12:24 am on January 26th, 2010

    Bila blog aku akan di senaraikan?? Hahah

    [Reply]

    syin Reply:

    hahaha….ntah…5-6 tahun lagi belum tentu…
    ni menjadi pilihan saya je…

    x bermakna yg x list x masuk…biasa gak buka..

    [Reply]

  31. yang ke enam tu agak aneh. xpernah didengar. ramai pulak yg prnah dgr blog tu. sekadar suka gaya penyampaian eh?

    [Reply]

  32. yang ke enam tu agak aneh. xpernah didengar. ramai pulak yg tak prnah dgr blog tu. sekadar suka gaya penyampaian eh?

    [Reply]

    syin Reply:

    nape…? lain mcm je…blog tu sekadar diari seharian dia je…apa yg berlaku dlm hidup dia…ayat dai ada lawak2 skit dll…jgn lupa masuk blog tu nanti..

    [Reply]

  33. klo semua nk taruk penat la syin.. hahaha

    [Reply]

    syin Reply:

    hohoho…betul2…penat lai lelah ada laa…yg lain tu, blh google plak…hehehe..

    [Reply]

  34. farah suke lawat blog justkhai jer..blog cik syin pom bakal suke gak(ambik hati tu)..hehehe..gurau jer cik syin..jgn marah ek:)

    [Reply]

    syin Reply:

    hahaha….suka blog justkhai eh…? blog diri sendiri sampai tak ingat nk masuk dan update pun…hehe…semangat blogwalking…

    [Reply]

  35. [...] jumaat tak..heheh..tertarik pada artikel yang di buat oleh syinrayafa dalam artikel beliau mengenai enam blog pilihan beliau..saya tertarik untuk membuat artikel yang bertajuk Top 10 Blogger (Female Bloggers) [...]

  36. kertaz . net takde :( sian aku kat member aku tu

    [Reply]

    syin Reply:

    hahaha…member ko ke tu kertaz.net? dlm senarai bloglink (exchange link) ada dah kott…try usha…

    [Reply]

  37. inilah blog2 otai namanya..nice list!

    [Reply]

  38. hehe, smua blog nie pun aku usha gak hari2.. memang wajib usha kalo nak jadik cam diorang.. XD

    [Reply]

    syin Reply:

    yup2…betul2….yg peliknya, blog sndiri xde la hari2 masuk…hahaha….

    yeke ko nk jadi mcm diorang? kalau aku taknak…hahaha..aku nk jadi sebahagian dari diorang…wakaa…

    [Reply]

  39. nape nama aku tak tersenarai dalam tuh? :(

    [Reply]

  40. assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

    mati-mati ingatkan owner blog ni perempuan.
    lahai. funky betul. :)
    selamat berkenalan.

    [Reply]