Aslmkm wbrt…
Salam sejahtera. Pertama-tamanya, terima kasih banyak-banyak kerana sudi meluangkan membazirkan masa di blog ini walaupun tidak kenal dengan tuan punya blog ini. Tidak kenal maka tidak cinta, bukan begitu? [adesss..]. Namun pemilik blog ini sederhana sahaja orangnya. Bukanlah wujudnya blog ini untuk bertanding berlawan dengan mana-mana blog. Hanya sekadar mencuba sesuatu yang mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Nama/Umur/Asal
Nama Ahmad Syafiey bin Abu Aswad [nama komersial dalam internet...], boleh memanggil p ataupun syin [gelaran baru sejak berblog...] Berumur dalam lingkungan 20thn-25thn [1990-1984], kebanyakan blogger di malaysia berumur 20-an. Yang masih sekolah jarang2..haha… Merupakan kayu anak jati negeri terengganu berkelahiran daerah dungun berjiranan antara kemaman dan marang. Tinggal di hujung kampung… [streamyx sudah wujud...].
T.Lahir/Jantina/Anak ke-Brp
Dilahirkan pada hujung bulan hari ke-22 serta disahkan berjantina lelaki. Mempunyai adik beradik 5 orang, dan menjadi anak kedua [memang sah adik kepada along...angah], Hidup dalam keluarga yang sederhana tetapi bermakna. Kedua-dua ibubapa masih berasa disisi.
Hobi/Cita-Cita
Kalau diikutkan hobi memang banyak, tetapi boleh dikatakan semuanya tidak terlaksana. Antaranya memancing, mendekorasi, meredah hutan belantara dan lain2 lagi. Mugkin sekarang ni berhobikan dengan dunia internet serta perkomputeran. Tidak suka mengajar [bkn cita-cita...] kerana masih lagi perlu diajar dan mohon tunjuk ajar. Bercita-citakan menjalankan perniagaan sendiri ataupun usahawan berkarisma. Mungkin lebih tertumpu dalam dunia teknologi maklumat@penkomputeran dan yang berkaitan.
Pendidikan/Pelajaran
# Pra Sekolah : Pusat Asuhan Tunas Islam
# Sek. Rendah : 1) Sek. Keb. Pusat / 2) Sek. Keb. Bandar / 3) Sek. Keb. Kg Air
# Sek. Menengah : Sek. Men. Agama Terengganu
# Diploma : Ipta/Ipts Malaysia
# Ijazah : Ipta/Ipts Malaysia [sekarang ini...]
Kegemaran/Kesukaan/Kebencian
Bila sebut cerita kegemaran, mesti nampak makanan dan minuman je, hehe.. Makanan febret ialah mee rebus dari air tangan mak saya sendiri, tak tahu apa pasal…dari kecil lagi dah menjadi satu kemestian dalam 2-3minggu untuk makan mee rebus, kalau tidak mesti rasa macam tidak kena je. Dari jenis air pula, cuma teh ‘o’ ais dan soya sahaja. semuanya makanan minuman yang mudah/ringkas/simple dan murah. Sebut pasal makanan mahal2, semuanya best bagi saya. haha.. boleh dikatakan semua makanan yang boleh dimakan saya makan. Cuma samaada suka atau tidak sahaja.
Brand yang diminati antaranya nokia, snail, adidas dan sebagainya. Kalau dari segi pakaian yang murah-murah dan berpatutan sahaja. Tapi kebanyakkan yang sedap dipakai dan smart mesti harganya mahal. tu tidak boleh tahan tu…suka buku dan majalah yang memberi manfaat. [cth: majalah pc, buku ilmiah dan sebagainya...] Kebanyakkan menyukai movie/filem yang berunsur aksi, cerita seram tidak layan..anime full metal alchemist dan one piece..tidak suka jadikan artis sebagai idola/tarikan/semangat. sedikit meminati dengan isu-isu politik tanah air. “Islam berdaulat, Rakyat sejahtera”
Meminati bidang it dan teknologi. InsyaAllah akan menjadi seorang usahawan it dan teknologi. Bidang grafik termasuk sama. Sedang tunggu tawaran dari mana-mana syarikat/ngo/induvidu yang ingin mengajak saya bergelumang dalam bidang ini. Semuanya terserah kepadaNya… Tidak minat bekerja dengan kerajaan. Kalau boleh mahu bekerja sendiri. Lebih-lebih lagi dengan profesion pendidikan (guru/cikgu).
Tidak suka pijak siput babi. Benci dengan orang yang suka berpura-pura, berlagak di hadapan orang hakikat sebenar sia-sia dan orang yang hebat berkata-kata tapi tidak dapat melaksanakan apa yang dikata.
Sikap/Perangai/Peribadi/Latar belakang
Ramai yang mengatakan saya ni seorang pendiam, bagi saya untuk menjawabnya…mungkin ya apabila berada dikalangan orang yang suka bercakap banyak dan bersuara tinggi. Mungkin tidak apabila berada dikalangan orang pendiam/senyap. Menjadi aktif apabila termasuk dalam golongan tersebut. Yang pasti semuanya terletak pada keadaan.
Ada juga yang mengatakan saya ni sebagai seorang yang misteri dan sukar diramal serta payah untuk mengenali isi hati budi pekerti. yang ini membuatkan sukar untuk bagi jawapan. semuanya kerana seorang yang terlalu suka berahsia hatta dengan keluarga sendiri. Tidak suka menjadikan manusia/hidupan sebagai tempat luahan. Hanyalah Dia yang maha satu. Payah untuk mempercayai seseoarang. maksudnya tidak suka dengar cerita bulat-bulat dari seseorang.
Seorang yang merendah diri dan berperwatakan sederhana (low profile). Tidak terlalu suka bergaya dan menjadikan fesyen sebagai ikutan pakaian dan sewaktunya. Tidak suka menonjol di khalayak ramai. Biarlah orang tidak mengenali siapa sebenar syinrayafa a.k.a syin. Mudah menerima pandangan dan kutukan. Jadikan ia sebagai kekuatan. Suka melalui sesuatu perkara dengan sendiri. Biar pengalaman mematangkan kita.
Kenapa/Tujuan Berblog.
Pertama kali berblog pada pertengahan tahun 2007 hingga sekarang. Kalau dahulu menggunakan blog platform percuma (blogger) dan sekarang sudah mempunyai domain dan hosting sendiri. Semuanya kerana hanya sekadar suka-suka sahaja serta “try and click”. Tidak mustahil suatu hari nanti jadikan blog sebagai satu pekerjaan sepenuh masa dan menjadi usahawan internet. [adusss...bercita2 tinggi la plak...]
Semuanya hanya kehendak sendiri. Tiada dorongan dari mana-mana pihak. Kadang-kadang semangat untuk berblog naik dan turun dan sekarang perlu kepada keseriusan setelah menjadi syinrayafa.com ha.haa.. terfikir untuk membuat satu projek besar dan bermanfaat dengan blog untuk masa hadapan. [tunggu dan lihat apa akan terjadi....] Apa yang penting, sama-sama kita kongsi manfaat teknologi untuk kebaikan bersama.
Penutup/Pengakhiran
Akhir kata segala kesilapan/terkasar bahasa/bahasa kurang sopan/ tidak menyenangkan harap maaf dan seribu ampun. Cadangan/kritikan/komen/pertanyaan/tawaran/herdikan/soalan boleh dimaklum kepada saya selaku pemilik blog ini. Boleh rujuk pada ruangan contact ataupun hantar email kepada soyuzburuk@yahoo.com serta boleh juga komen pada ruangan dibawah.
Terima kepada anda semua selaku pengunjung blog ini kerana sudi memberi kerjasama tunjuk ajar dan sebaginya. Semoga Allah memberkati kalian. Terima juga kerana menghabiskan bacaan pada ruagan “tentang saya” (aboutme). InsyaAllah akan diupdate dari masa ke semasa.








3:17 pm on October 4th, 2009
mati mati aku ingat ko pompuan..wakaka
[Reply]
3:24 pm on October 4th, 2009
la…ada lagi kes terpencil macam ni? adesss…dulu dah ada dh 2-3 org yg fikir mcm tu…hahaha…
[Reply]
1:32 pm on October 5th, 2009
ye ye ingat kn pompuan gak. id twitter anda sungguh keperempuanan
-___-”
[Reply]
3:13 pm on October 5th, 2009
aku pn ingat ko ni pompuan..hahaha
[Reply]
12:39 am on October 14th, 2009
haha aku lak xpasti ko laki ke pompuan.
[Reply]
12:58 am on October 14th, 2009
kaler blog (biru) yang kau guna membuatkan aku berpendapat kau perempuan.. bila dah baca citer kat atas tu baru aku faham.. banyak lagi blogger yang aku tak kenal asal usul jantinanya!
[Reply]
10:54 am on October 14th, 2009
harap2 lain lagi xde lagi yg senasib dgn en.mus…haha
[Reply]
10:55 am on October 14th, 2009
habistu…? duk tngh2 la maknanya….adess..
[Reply]
6:40 pm on October 15th, 2009
your name should sharif right? syin ra ya fa…jawi spell..huk3…
komen ko sume cam keperempuanan..then ko komen suke MK comey kiut WTH??? hahaha
lu pikirla seniri..hu3
[Reply]
1:09 pm on October 19th, 2009
hahaha…mcm lain dh ko pikir ni lan…haha…aku ni pencinta perempuan la… #suke MK tu apa? #WTH tu apa? sorry lan, aku lemah skit main2 singkatan ni…haha,..
[Reply]
7:17 pm on October 23rd, 2009
Allah! lelaki rupanya..
agak2, orang fikir aku lelaki x?
[Reply]
9:11 pm on October 23rd, 2009
yela..dh tertera nama tu…ntahla..tapi buka blog awak dh terpampang gmbr bdk2 sekolah…
[Reply]
syinrayafa Reply:
October 5th, 2009 at 6:06 pm
adesss….yeke id twitter kpempuanan?gmbr laki tu…
[Reply]
11:32 am on October 25th, 2009
la~ mati-mati aku ingat ko perempuan. lelaki rupanya.. hehe~
[Reply]
11:45 am on October 25th, 2009
adesss….ada lagi kes mcm ni..ingat dh xde dh…tu la..lain kali baca profile/aboutme terlebih dahulu…kalau dulu blh bilang dgn jari..skang dh xboleh..ramai sangat ingat mcm tu…haha..blh masuk book of record ni…
[Reply]
syinrayafa Reply:
October 5th, 2009 at 6:08 pm
haha…dh hampir kat sejuta dh rasa org ingat aku prempuan… harap2 ko org terakhir ingat aku perempuan…kan xpasal2 aku kena buat entri/posting khas pasal aku bukan seorang perempuan..ngehh…
[Reply]
Mus Reply:
October 14th, 2009 at 1:00 am
ada jugak yang tertipu.. hahaha..
[Reply]
7:13 pm on October 29th, 2009
nampaknya ko kne tulis entri pasal diri ko la lpas ni..haha
[Reply]
10:10 pm on November 1st, 2009
hahaha nampaknya bukan aku sorg je yang ingatkan ko perempuan.. aku dah siap keluarkan dalil kat twitter lagi da.. hahah aku ingat sebutan nama ko syarifah weh.. hahaha
[Reply]
nazra Reply:
October 6th, 2009 at 10:33 am
tp gmbr laki tu bleh jd adik awk, haha
len kali kena letak MR. syinrayafa
[Reply]
11:42 pm on November 1st, 2009
adesss….dh mari dh si topo… tahu pun…bkn ejaan syarifah pun…hehehe.. apa2 pun, skang ko dh pun tahu…
[Reply]
8:47 am on November 2nd, 2009
Salam perkenalan Syinrayafa,
Saya pun igtkan perempuan td.Sbb org akan recognize melalui nama dulu.Tp tkpe la..apa yang penting,ada info menarik dikongsikan.
[Reply]
8:35 am on November 8th, 2009
ingat aku sorang je yang rasa mati2 mamat ni perempuan.. upenye jantan.. x jadi nak ngorat.. hahahaha…. baru hari ni terbaca page ni… isk!
[Reply]
7:16 pm on November 8th, 2009
@nozi : WSLM…adess…yeke org recognize melalui nama…? cuba eja, dia dia akan jadi apa…hehe…
@khai : hahahaha…khai pun terkena…adess….ko plak org ingat ko gay..haha…tula lain kali jgn main hentam masuk je blog org…baca dulu intro ke apa ke…hahaha..slmt maju jaya..
[Reply]
8:37 am on November 9th, 2009
ni aku baca intro le ni kat sini.. abis tu ko ingat aku buat ape?
p/s: sapa yg cakap aku gay padahal x pernah jumpa one by one dgn aku tu, org yang bangang… hehee..
[Reply]
12:49 pm on November 9th, 2009
rilek la bro…xkan itu pun nk terasa…aku dgr org hangat perkatakan je..haha..rileks-rileks..tarik nafas…. kalau x tu sudah le…ok la tu.. sama-sama jadi pencinta perempuan…
p/s: sapa yang cakap aku pompuan padahal xpernah jumpa one by one dgn aku tu… org yg bang**g..hehee…
[Reply]
5:12 am on November 11th, 2009
btul la, nama cam ppuan tu la pasal. haha..
[Reply]
11:14 am on November 15th, 2009
oo..lelaki rupanya..tp mmg susah gak nak eja name tu..panjang..last2 td..copy and paste je name tu..hehe..rasenye first time singgah sini…kalau dilot..org masuk blog dilot je mesti orang ingat lelaki..salam bro..adoii….dah lame baru dieorg tau..perempuan rupenya..
[Reply]
3:56 pm on November 15th, 2009
hahaha….kes yang serupa..haha.. apa2 happy blogging..jgn lupa masuk lagi disini…
[Reply]
9:07 am on November 17th, 2009
hampeh. aku pun ingat blog ni orang perempuan yang punya. haha..
[Reply]
4:28 pm on November 17th, 2009
hahaha………….samapi bila la nk ingat aku ni perempuan………….hahaha..
xkan nk buat entri khas…hehe…
lain jgn ingat-ingat lagi….
[Reply]
syinrayafa Reply:
October 6th, 2009 at 10:57 am
tu gmbr saya masa kecik2 tu…haha..cute katakan..ngehh..ngehh.. dekat google email ada mr syinrayafa. yg lain xde. xbest letak mr.
[Reply]
2:53 am on December 17th, 2009
ahahah..
ramai gila igt ko ni perempuan.
[Reply]
2:38 pm on December 17th, 2009
haha… ingatkan aku sorang jer ingat ko nie pompuan.. aduh.. baru nak tekel.. haha…
*ermm.. banyak lagi rahsia nie.. sume bagi info samar2 jer nie..
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 21st, 2010 at 3:06 pm
haha…setap maklumat hidupku amat berharga..haha…
[Reply]
5:44 pm on December 28th, 2009
lor..lelaki upenyer..ingtkan pompuan..hak3
[Reply]
2:01 pm on January 10th, 2010
hahahaha.ramai giler ingatkan kau pempuan..aku cadangkan kau buat la plastic surgery ker..hehehehe.
pasni mesti ramai nk tekel kau..hahahaha
p/s:aku pon ingat kau pempuan..ades
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 21st, 2010 at 3:08 pm
plastik surgery brp harga dia…? haha..bagus gak candangan tu…hahaha..jgn laki pun takel aku sudah la..haha..
[Reply]
2:16 pm on January 21st, 2010
blog nie memang mcm ppuan punye la..i like..wei, mane nak follow kamu nie…
cuuuuttttttteeeeeeeeeee sangat blog nie..aku suke!
[Reply]
syinrayafa Reply:
January 21st, 2010 at 3:10 pm
nk follow apa? hehe…
twitter : http://twitter.com/syinrayafa
facebook : http://facebook.com/syinrayafa
google friend connect xde ada lagi..haha..tngh pikir nk pasang ke x..hehe..
subscribe vie email xpe… hehe.. (kat ruang widget atas belah kanan tu..)
[Reply]