Tiada apa yang hendak saya tulis sebenarnya dalam entri kali ini, cumanya mungkin hanya sekadar penutup tirai tahun 2009. Suka dan duka selama menggunakan blog hosting sendiri ini. Kira-kira entri kali ini seolah-olah imbas kembali apa yang berlaku dengan blog ini dari awal sehingga hari ini.

Kalau hendak sebutkan kronologi boleh juga mungkin ya dan mungkin tidak. Apa-apa pun, yang pentingnya suka dan duka imbas kembali apa yang berlaku semasa menggunakan wordpress hosting sendiri ini.

18 Ogos 2009
Pada tarikh inilah saya mula start serta membeli hosting dan domain di sempoihosting. Pada tarikh ini juga, saya tidak tahu apa-apa tentang dunia hosting sendiri ini. Setelah cari-cari dan niat untuk mencuba sesutu itu datang secara  mendadak, bermulalah dunia baru blog hosting sendiri ini. Kosong terus (tidak ada pengetahuan langsung) berkenaan dengan dunia hosting. Pendekkan cerita, ” try and click ” .

31 Ogos 2009
Mula-mula pertama kali install akaun wordpress. Entah berapa kali saya delete dan install akaun wordpress ini. Biasalah, banyak masalah yang timbul pada permulaan menggunakannya. Apa yang saya tahu ” try and click” . Yang kelakarnya, banyak soalan tidak masuk akal dan kurang siuman saya tanya pihak hosting.

02 September 2009
Entri pertama saya ialah yang bertajuk “Test Posting “, dan telah direspon/dikomen oleh pakar seo malaya iaitu mr topotato; ” heheheheh ada domain sendiri.. :D ” entri kedua saya mencuba sekali lagi pada 04 September 2009 iaitu yang bertajuk ” blog baru ” . Kesemua entri-entri tersebut hilang begitu sahaja kerana tidak sempat backup pada awlnya. Apa yang saya tahu ” try and click ” .

Antara entri posting yang tidak dapat diselamatkan termasuk komennya sekali.

1) Test Posting
2) Blog Baru
3) Follow Saya di twitter -http://twitter.com/syinrayafa
4) Rukun Negara

1 Oktober 2009
Memulakan entri pertama selepas blog down (server load) dan pemahaman tentang wordpress hosting dihadam setelah banyak pertanyaan dan tinjauan. Alhamdulillah dari baru lahir hinggalah sedikit demi sedikit merangkak akhirnya berjaya sedikit sebanyak mengekalkan blog ini sehingga hari ini. Entri tersebut ialah “ Satu Permulaan

08 Disember 2009
Setelah kipas susah mati berfikir, akhirnya, berjaya berpindah hosting dari sempoihosting ke sepakuhosting. Tiada sebarang masalah besar yang berlaku sehingga entri ini ditulis. Blog ini masih lagi menggunakan domain dari sempoihosting, hostingnya sahaja yang bertukar.

Sehingga hari ini beberapa entri yang masih lagi wujud dan berkekalan, antaranya :

1) Satu Permulaan
2) Contest Raya : Rayaku bukan Rayamu
3) Acer TravelMate 6291
4) Menjadi kegilaan DSLR…
5) Hari ini baru sampai
6) Bloggers Tee : Dah sampai dah…
7) Chelsea vs Manchester United
8) Bila Semua Orang Ada Blog
9) Kemalangan
10) Contest JerungPerkasa.Com : 10 Hosting Percuma Untuk Anda!!
11) Tiga dalam satu
12) Awal tahun 1431H
13) PengupasJalanan.com
14) 2009 kian berlabuh -TERBARU

21 Disember 2009
Buka cawangan baru iaitu pengupasjalanan.com menggunakan hosting dari sepakuhosting dan menggunakan domain dari netKL Network. Bukan niat saya sebenarnya untuk membukanya. Mungkin kerana dah minat dan tergila-gilakan blog, ianya terhasil.

Tahun 2010, Apa akan terjadi?
Saya sendiri pun tidak pasti seajauh mana blog ini akan berkekalan. Mudah-mudahan dengan sokongan dari semua orang, ianya akan terus kekal. Apa yang pasti satu jawapan kenapa saya berblog, jawapannya mudah, mungkin ada yang tidak percaya, saya berblog bukan kerana ingin menambahkan pendapatan, yang sebenarnya banyak duit yang habis bila berblog. Mungkin kerana minat dalam dunia komputer dan internet, itulah jawapannya sebenar kenapa saya berblog.

Mungkin tahun baru 2010 ini, komitmen saya dengan blog-blog tersebut patut dihadkan dan menggunakan masa yang ada sebaik-baiknya. Kalau sebelum ini, 1minggu 1entri disini, mungkin tahun 2010 1entri 1bulan atau sebaliknya. Di twitter dan facebook apatah lagi di Yahoo Messenger, kemungkinan jarang sekali untuk melihat syinrayafa online. Semuanya kerana ingin menjadikan ” Hidupku Lebih Bermakna :.
-TAMAT-

Related Posts with Thumbnails

35 Comments

  1. inshallah tahun depan lagi mantap hidup ko tuan rumah..
    hehe, slow2 jangan gopoh gapah tau..
    nanti jatuh, sembam muka dah x hensem…. hehe

    [Reply]

    syinrayafa Reply:

    hahaha…terima kasih bnyk2 bro…aku memang slow2 je…start dari bawah…

    [Reply]

  2. bagus2, siap hafal semua kronologi blog sendiri yerk. aku haram, tak ingat apa. malumlah…beli domain dlu, main2 kat blogspot. pastu baru beli hosting sendiri. hehe, good luck for year 2010. :)

    [Reply]

    syinrayafa Reply:

    aku pun sama gak…pernah ada bogspot gak…tapi skang x aktif mana dekat blogspot tu…TQ. ko pun sama…buat yg terbaik utk 2010 ni.

    [Reply]

    syinrayafa Reply:

    lupa plak..aku bkn hafalpun tarikh ni..cuma aku check email semula…haha..puas duk cari email2 lama…haha..

    [Reply]

  3. hmmm .. azam2 2009 moga tercapai
    2010 moga lagi power .. :)

    [Reply]

  4. gud luck in 2010 bro… neway, apekah yg menyebabkan tahun dpn ko jarang on9???

    [Reply]

    syinrayafa Reply:

    hahaha..jwpn tu ada pada diri sendiri aku..haha..
    nk fokus hidup kot..haaha..kena pandai2 bahagi masa aku…supaya hidup lebih bermakna…

    lain la kalau aku jadi fulltime blogger..memang hari2 buka blog, ni xjadi fulltime blogger pun dah mcm fulltime dah..

    [Reply]

  5. waa… muda lagi ko erk? (blog) hehe…

    err.. 2010 sebulan 1 entri? hoho.. kenapa? bz erk?

    [Reply]

    syinrayafa Reply:

    hahaha…tuan blog pun muda lagi..haha..baru beberapa bulan je baru blog aku nihh…setahun pun xsampai lagi..gigi pun dah tumbuh dah..haha…

    nk kata bizi xde la jugak…nk fokus hidup skit kot..supaya hidup lebih bermakna..hehe…

    [Reply]

  6. blog ni br dr blog aku tp nmpk cam power dah..hahaha

    [Reply]

    syinrayafa Reply:

    power ke bendanya bro…? perli habis nmpk…hahahaaha…power root ada la kot…

    [Reply]

  7. wuhaa.. memang sedih siot klau entri blog hilang.. smangat nk blogging pun boleh ikut hilang sama.. tp tak tau ler klau ko takde nak hilang2 smangat ni. huhu.. apa2 pun, keep on blogging yer and good luck.. selamat tahun baru 2010 :)

    [Reply]

  8. satu bulan satu entri…erk…lamanya ko nak update..

    ape pun semoga sukses utk 2010 nanti ye,,,

    [Reply]

  9. so azam utk kahwin bila plak? hehe

    [Reply]

    syinrayafa Reply:

    kahwin? ni yg segan ni…hahaha..hati kata mahu, tapi diri kata belum bersedia…haha…
    sampai masa nanti aku buat entri dekat blog ni…lhaha..

    [Reply]

  10. cool giler
    hehehe

    [Reply]

    syinrayafa Reply:

    pe yg cool nya bro…?
    hahahaha….biasalah seorang yg baru berjinak2 dalam dunia hosting sendiri..ada jatuh bangunnya…

    [Reply]

  11. 1 bulan, 1 entri? nanti trafik blog jatuh, baru tahu! hehe~ sajer takut-takutkan… jangan marah~ bukan apa, buat blog ni kan bayar… bayar hosting, bayar domain… agak rugi kalau tak dimanfaatkan sebaiknya~

    tapi yelah kan… kalau dah busy, tak boleh nak kata apa la~

    Semoga succes di tahun baru 2010 ini ya, Syin~ ;)

    [Reply]

    syinrayafa Reply:

    hahaha…betul tu…blog bayar pun malas nk buat entri…kalau ada org sponser lagi laaa…setahun satu entri je kot…hahaha…

    TQ bnyk2 cik akuro san……….ko pun sama…semoga berjaya dalam hidup..

    [Reply]

  12. tahun depan tumaknenye soklakan..huhu semoga ko gembira dengan apayangkokecapi sekarangni..huhu

    [Reply]

  13. hehe… adat biasa bermula dengan wordpress.. aku try n error jer…
    w/pun lambat tapi aku nak wish congraz jugak sebab dah ada domain n hosting sdr.. :P

    [Reply]

    syinrayafa Reply:

    TQ bro….aku try and click…bila try and click, rasa2 lagi bnyk error yg keluar…hahaha….

    [Reply]

  14. aku nak sangat listkan smeue2 mende yg dah jadi untuk tahun 2009 tapi tak mampu nak ingt.hehehehe

    friso 1 klik

    [Reply]

  15. Udah jadi diary blog dah list2 tu.. >.<!
    Btw selamat tahun baru 2010.. =) Jom pi nengok bunga api moh.. Itupun klau ada lah kt Ipoh ni.. Miahahhaha..

    [Reply]

  16. happy new yearr! :)
    hehe.. sama laa kite hentam je dulu.. apa2 pun web ni dh mantap skrg.. semoga makin mantap tahun dpn..

    [Reply]

    syinrayafa Reply:

    mantap? haha..biasa jelah…blog dia pun sama…
    TQ bebanyak2…lain kali blh dtg lagi…

    [Reply]

  17. semua org bermula dari zero
    tiap org melakukan kesilapan dan kesalahan
    itulah pengalaman

    mcm kak jie, terdelete plugin TOP 10, so semua view page thn 2009 hilang

    :p

    [Reply]

  18. Assalamualaikum..hmm, satu entri yang panjang! Apa-apun, thanks sebab saya ada belajar sesuatu dari apa yang awak kongsikan – beranikan diri buat silap.

    [Reply]

  19. Salam awak:)

    erm, wah betul2 entri penutup ni, rajin check2 balik.
    Banyak yang kita pelajari kan tahun lalu, semoga terus berblog ea, walaupun jarang updte ;p

    [Reply]

  20. salam,

    wah dah semakin mantop….

    semoga berjaya dan terus berjaya…

    [Reply]

  21. salam,

    dalam mula hingga kini telah nampak kemajuan.

    tahniah dan selamat berjaya….

    [Reply]

  22. Kat sini, jelas sangat yang tindakan tu membuatkan kita pergi lebih jauh. Tapi, ramai orang sekarang suka tunggu, tunggu, dan tunggu tanpa buat apa2 kerana tunggu bila tiba masanya. Nak tunggu sampai masanya, sampai bile2 pun takkan buat. Nice try there. ;)

    [Reply]

  23. salamm tahun baru syin itteww.. ehehe

    [Reply]

  24. selamat new year dude! semoga thn ni lbh productive ^_^

    [Reply]